ANUGERAH SURAU HIKMAH 2010 TEMPAT KE 5 SELURUH JOHOR - TAHNIAH

SURAU ANUGERAH 2010

Analog Dunia

Palestin: Sejarah Yang Dilupakan Oleh Pemimpin Arab !


Ketika Theodore Hertzel yang merupakan Ketua Pertubuhan Zionisme Antarabangsa dan anggota tertinggi Freemasonry bertemu Sultan Abdul Hamid II memohon agar diberikan sedikit tanah Palestin kepada bangsa Yahudi untuk menubuhkan Negara, lihatlah apa jawatan Sultan Abdul Hamid :

Palestin bukan milikku, bukan milik bangsa Turki,tetapi milik bangsa Arab.Baitul Maqdis pula bukan milik bangsa Arab,tetapi milik umat Islam seluruhnya.Aku tidak akan sekali-kali menyerahkan bumi Palestin walaupun sejengkal setelah bangsaku berjihad bermati-matian mempertahankan dan menyuburkan tanahnya dengan darah-darah mereka.Simpanlah wang kamu yang berjuta itu,kerana sekiranya suatu hari nanti Khalifah Islamiyyah tumbang,kamu boleh mengambilnya tanpa sebarang wang tukaran.

Adapun,sekiranya aku masih hidup,aku lebih rela diriku dicincang daripada melihat bumi Palestin dikeluarkan dari Daulah Islamiyyah dan perkara itu selama-lamanya tidak akan berlaku.Adakah kami akan membenarkan diri ( wilayah-wilayah takluk Turki ) kami ini dipisah-pisahkan sedangkan kami masih hidup ? “Baca Seterusnya

TAMBAHKAN ILMU ANDA DI SINI UNTUK TAHUN 1432H-SOAL JAWAB AGAMA DENGAN USTAZ AZHAR-KLIK UNTUK TANYA

SABDA NABI s.a.w.

““Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka bumi(Gempa Bumi).”Ada yang bertanya kepada Rasulullah;“Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab;”Apabila telah bermaharajalelanya bunyi-bunyian (iaitu alat-alat muzik) dan penyanyi penyanyi wanita”Ibn Majah(kebenaran hadis ini kita boleh lihat hari ini di mana-mana sahaja...bala yang Allah turunkan semata-mata untuk menyedarkan manusia...tapi malang manusia ramai yang tidak sedar...kerana hanyut dengan kemewahan dunia yang sementara..mereka inilah orang yang rugi serugi-ruginya...insaflah..lihat apa yang berlaku di Indonesia...TERKINI DI JEPUN..cukup memberi peringatan untuk kita.

SABDA NABI s.a.w.

“Hadith : Riwayat Bukhari Dan Muslim Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata:”Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini ? Sehingga syaitan akan berkata:” Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu?” Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam
AKTIVITI TERKINI “SELAMAT DATANG KE SEKOLAH SEMULA UNTUK SESSI 2011....SEMUGA AMALAN KITA AKAN TERUS BERTAMBAH DALAM MENGHADAPI KEMATIAN SEMAKIN DEKAT....MUNGKIN ESOK ATAU LUSA.....PIHAK PENGURUSAN SURAU INSYALLAH PADA SESSI INI AKAN LEBIH AGRESIF DALAM MEMANTAU SOLAT PELAJAR-PELAJAR....
BOIKOT,BOIKOT,BOIKOT...SELAGI ADA PILIHAN
Tidak Boikot Produk Israel dan AS Dosa Besar Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Ketua Persatuan Ulama Internasional menunjukkan pembelaannya yang tegas terhadap penderitaan rakyat Gaza, kali ini beliau memfatwakan keharaman jual-beli produk-produk Israel dan Amerika. Ia mengatakan dalam salah satu khutbah tentang kempen boikot ekonomi terhadap pihak-pihak yang memusuhi umat Islam yang ditulis di laman rasmi beliau. Al-Qaradhawi menegaskan: “Ada jihad ekonomi, iaitu kita membuat fatwa, fatwa yang saya keluarkan bersama sejumlah ulama tentang keharaman jual-beli produk-produk Israel dan Amerika. Boikot, boikot semua produk-produk Israel dan Amerika adalah merupakan kewajiban setiap umat. Semua yang berbau produk Amerika.”

Sejarah hari dan doa kemuliaan didalamnya

Siri menjejaki rahsia disebalik hari di dalam seminggu dan doa-doa yang patut kita amalkan seperti yang diajar oleh Junjungan kita Muhammad SAW. Siri sejarah 'hari' ini amat penting untuk kita ketahui kerana terdapat banyak kisah dan tauladan serta panduan disebalik kejadian 'HARI" yang amat berguna untuk digunakan dalam penghidupan seharian kita.

SEKITAR SAMBUTAN MAULID AL-RASUL 2010 DI SURAU DARUL ILMI

SEKITAR AKTIVITI SURAU DARUL ILMI 2010

AKTIVITI SURAU DARULILMI SMKTM-TADARUS QURAN PELAJAR SMTM

AKTIVITI SURAU DARUL ILMI-PROJEK GOTONG ROYONG BINA BALAI ISLAM

PENGURUSAN JENAZAH SMKTM 2010

Sabtu, 1 Januari 2011

Sholat Zhohir Sholat Bathin??

Oleh: ibnuomar

"Dalam Sairus Salikin karangan Syeikh Abdus Samad Al-Palimbani menjelaskan solat dapat di lihat pada dua kedaan iaitu
-solat yang zahir
-solat yang batin
Maka solat yang zahir ini melibatkan
-Qalbi(hati)
-Fi'li(perbuatan)
-Qauli(perkataan)


Ketiga-tiga elemen ini membentuk 13 rukun solat yang zahir......

Manakala solat yang batin itu pula terdapat
-6 rukun solat yang batin...

jadi solat itu mesti terdiri daripada zahir dan batin...tidak boleh terpisah...

Firman Allah, " Dirikanlah solat untuk mengingati Aku(Allah)...

Rukun Solat Yang Batin itu ada 6....

Pertama: Khudur Qalbi=Yakni hadir hati di dalam solat. Seperti mana firman Allah diatas..ingat atau hadir hati itu ialah inti atau roh solat...

Maka bagaimanakah untuk mendapatkan khudur qalbi dalam solat itu....maka itulah pentingnya latihan zikri atau zikrullah........ini kerana hadir hati dalam solat itu tidak dapat datang dengan sendirinya melainkan IA mesti DILATIH...dan kaedahnya ZIKRULLAH.......

Umpamakan solat ini seperti mahu berperang....maka sebelum masuk ke medan laga maka pentingnya latihan...takkanlah baru nak berlatih ,main pedang/guna senjata masa masukke medan perang..

macm tu gak solat....saat-saat genting...kerana Allah menilai solat seseorang hamba itu berdasarkan nilai ingatan atau hadir hati hamba kepadaNya....inilah harus dilatih oleh setiap daripada kita....

Rukun solat batin yang kedua ialah At-Tafahum.Yakni memahami akan bacaan dalam solat dan menghadirkan maknana setiap bacaan dalam solat..ia akan menambahkan tawadhuk dan tadabbur....

bayangkanlah ada diantara kita tidak faham pun makna doa Iftitah yang dibaca setiap kali permulaan solat terutamanya solat wajib...antara inti doa iftitah..Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Ta'ala....kalau begitu jadinya maka akan khusyuklah hati sihamba itu..insya Allah ta'ala...

Rukun solat batin yang ketiga ialah At-takzim yakni menghadirkan ke dalam hati kebesaran Allah ta'ala seolah-olah ALlah berada di hadapanmu....Berpadanan dengan firman ALlah... Sesungguhnya sebenar-benar orang beriman itu apabila mendengar/teringat Allah maka bergetarlah hatinya...justeru memahami sifat-sifat Allah itu amat membantu....sama ada melalui Sifat 20 dan Asma Allah....

Rukun solat batin yang keempat ialah al haibah.Yakni takut akan ALlah ta'ala....diriwayatkan terdapat para sahabat bersolat hingga pucat wajahnya..ditanya oleh sahabat lain mengapa wajahnya pucat..dijawab sahabat itu..tahukah engkau siapakah yang kita berhadap dan sembah ini?.....Allah huakhbar!

Rukun solat batin yang kelima ialah al-Raja' Yakni berharap akan rahmat Allah agar diterima ibadatnya...seperti mana termaktub dalam doa..Ya Allah..terimalah solatku ini walupun solatku ini tidak sesempurna seperti yang mana kau kehendaki...

Rukun solat batin yang keenam pula ialah ...al Haya'..yakni berasa malu akan Allah ta'ala sebab taksirmu dalam ibadatmu kepada Allah ta'ala...maka rukun solat yang batin ini ditambah dengan 13 rukun solat yang zahir maka jadilah ia 19 rukun solat yang sempurna....

Yakni jadilah ia solatdaim iaitu solat yang berterusan walau dilaur waktu solar fardhu yang lima itu.....

justeru solat yang zahir dan solat yang batin ini tidak terpisah....mesti bersama-sama....bukanlah suatu yang berasingan...seperti jasad dan roh..malam dan siang...dunia dan akhirat..bumi dan langit.....laut dan pantai...takkan terpisah....

kerana solat yang zahir didirikan diatas solat yang batin. Yang batinnya itu dibawa berterusan keluar solat yang lima itu..Yakni Ingat Allah...

Analogi ringkasnya begini.

Ingat Allah. Habis je solat ingatan kepada ALlah diteruskan dengan zikrullah sama membaca zikir dan al Quran...

Jika dalam solat fardhu kita membaca ayat al-Quran maka diluar solat kita juga sentisa membaca ayat Allah..iaitu tanda-tanda kebesaran ALlah pada alam ini zahir dan batin....kita attafahamum...

justeru bila dah tafakur dan faham hakikat alam dan kejadian diri ini maka kita pun takut nak berbuat dosa kepada ALlah (ni dalam situasi hipotetikal la....dosa memang kita akan buat tapi semakin besar taku kepada ALlah semakin kecil dosa dan jarang kita membuat dosa..contohnya...)

datang pula rasa raja’....harapkan rahmat Allah...Allah Maha Pengampun..supaya manusia yang tidak sempurna ini sentiasa meminta ampun dan tidak berputus asa dariada rahmatnya....

datang pula rasa malu....alhaya'......malu nak buat dosa....dah rasa diperhatikan olehNya....apa lagi....

JUsteru inilah yang dinamakan solattudaimun.....yang bertepatan dengan seruan ALlah....Maka dirikanlah solat untuk mengingtai Aku..solat sebeginilah yang akan mencegah diri daripada perbuatan keji dan mungkar....syukur Alhamdulillah....

Sumber Tranungkite

Tiada ulasan:

Catat Ulasan