"Dalam Sairus Salikin karangan Syeikh Abdus Samad Al-Palimbani menjelaskan solat dapat di lihat pada dua kedaan iaitu
-solat yang zahir
-solat yang batin
Maka solat yang zahir ini melibatkan
-Qalbi(hati)
-Fi'li(perbuatan)
-Qauli(perkataan)
Ketiga-tiga elemen ini membentuk 13 rukun solat yang zahir......
Manakala solat yang batin itu pula terdapat
-6 rukun solat yang batin...
jadi solat itu mesti terdiri daripada zahir dan batin...tidak boleh terpisah...
Firman Allah, " Dirikanlah solat untuk mengingati Aku(Allah)...
Rukun Solat Yang Batin itu ada 6....
Pertama: Khudur Qalbi=Yakni hadir hati di dalam solat. Seperti mana firman Allah diatas..ingat atau hadir hati itu ialah inti atau roh solat...
Maka bagaimanakah untuk mendapatkan khudur qalbi dalam solat itu....maka itulah pentingnya latihan zikri atau zikrullah........ini kerana hadir hati dalam solat itu tidak dapat datang dengan sendirinya melainkan IA mesti DILATIH...dan kaedahnya ZIKRULLAH.......
Umpamakan solat ini seperti mahu berperang....maka sebelum masuk ke medan laga maka pentingnya latihan...takkanlah baru nak berlatih ,main pedang/guna senjata masa masukke medan perang..
macm tu gak solat....saat-saat genting...kerana Allah menilai solat seseorang hamba itu berdasarkan nilai ingatan atau hadir hati hamba kepadaNya....inilah harus dilatih oleh setiap daripada kita....
Rukun solat batin yang kedua ialah At-Tafahum.Yakni memahami akan bacaan dalam solat dan menghadirkan maknana setiap bacaan dalam solat..ia akan menambahkan tawadhuk dan tadabbur....
bayangkanlah ada diantara kita tidak faham pun makna doa Iftitah yang dibaca setiap kali permulaan solat terutamanya solat wajib...antara inti doa iftitah..Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Ta'ala....kalau begitu jadinya maka akan khusyuklah hati sihamba itu..insya Allah ta'ala...
Rukun solat batin yang ketiga ialah At-takzim yakni menghadirkan ke dalam hati kebesaran Allah ta'ala seolah-olah ALlah berada di hadapanmu....Berpadanan dengan firman ALlah... Sesungguhnya sebenar-benar orang beriman itu apabila mendengar/teringat Allah maka bergetarlah hatinya...justeru memahami sifat-sifat Allah itu amat membantu....sama ada melalui Sifat 20 dan Asma Allah....
Rukun solat batin yang keempat ialah al haibah.Yakni takut akan ALlah ta'ala....diriwayatkan terdapat para sahabat bersolat hingga pucat wajahnya..ditanya oleh sahabat lain mengapa wajahnya pucat..dijawab sahabat itu..tahukah engkau siapakah yang kita berhadap dan sembah ini?.....Allah huakhbar!
Rukun solat batin yang kelima ialah al-Raja' Yakni berharap akan rahmat Allah agar diterima ibadatnya...seperti mana termaktub dalam doa..Ya Allah..terimalah solatku ini walupun solatku ini tidak sesempurna seperti yang mana kau kehendaki...
Rukun solat batin yang keenam pula ialah ...al Haya'..yakni berasa malu akan Allah ta'ala sebab taksirmu dalam ibadatmu kepada Allah ta'ala...maka rukun solat yang batin ini ditambah dengan 13 rukun solat yang zahir maka jadilah ia 19 rukun solat yang sempurna....
Yakni jadilah ia solatdaim iaitu solat yang berterusan walau dilaur waktu solar fardhu yang lima itu.....
justeru solat yang zahir dan solat yang batin ini tidak terpisah....mesti bersama-sama....bukanlah suatu yang berasingan...seperti jasad dan roh..malam dan siang...dunia dan akhirat..bumi dan langit.....laut dan pantai...takkan terpisah....
kerana solat yang zahir didirikan diatas solat yang batin. Yang batinnya itu dibawa berterusan keluar solat yang lima itu..Yakni Ingat Allah...
Analogi ringkasnya begini.
Ingat Allah. Habis je solat ingatan kepada ALlah diteruskan dengan zikrullah sama membaca zikir dan al Quran...
Jika dalam solat fardhu kita membaca ayat al-Quran maka diluar solat kita juga sentisa membaca ayat Allah..iaitu tanda-tanda kebesaran ALlah pada alam ini zahir dan batin....kita attafahamum...
justeru bila dah tafakur dan faham hakikat alam dan kejadian diri ini maka kita pun takut nak berbuat dosa kepada ALlah (ni dalam situasi hipotetikal la....dosa memang kita akan buat tapi semakin besar taku kepada ALlah semakin kecil dosa dan jarang kita membuat dosa..contohnya...)
datang pula rasa raja’....harapkan rahmat Allah...Allah Maha Pengampun..supaya manusia yang tidak sempurna ini sentiasa meminta ampun dan tidak berputus asa dariada rahmatnya....
datang pula rasa malu....alhaya'......malu nak buat dosa....dah rasa diperhatikan olehNya....apa lagi....
JUsteru inilah yang dinamakan solattudaimun.....yang bertepatan dengan seruan ALlah....Maka dirikanlah solat untuk mengingtai Aku..solat sebeginilah yang akan mencegah diri daripada perbuatan keji dan mungkar....syukur Alhamdulillah....