Yang pertama-tama dipertanyakan (diperhitungkan) terhadap seorang hamba pada hari kiamat dari amal perbuatannya adalah tentang shalatnya. Apabila shalatnya baik maka dia beruntung dan sukses, dan apabila shalatnya buruk maka dia kecewa dan merugi. (H.R. Annasa'i dan Attirmidzi). Tiada yg lebih baik bagi kaum muslimin selain daripada mengusahakan diri untuk sentiasa berjemaah di masjid setiap solat wajib.
Analog Dunia
Palestin: Sejarah Yang Dilupakan Oleh Pemimpin Arab !
Ketika Theodore Hertzel yang merupakan Ketua Pertubuhan Zionisme Antarabangsa dan anggota tertinggi Freemasonry bertemu Sultan Abdul Hamid II memohon agar diberikan sedikit tanah Palestin kepada bangsa Yahudi untuk menubuhkan Negara, lihatlah apa jawatan Sultan Abdul Hamid :
“Palestin bukan milikku, bukan milik bangsa Turki,tetapi milik bangsa Arab.Baitul Maqdis pula bukan milik bangsa Arab,tetapi milik umat Islam seluruhnya.Aku tidak akan sekali-kali menyerahkan bumi Palestin walaupun sejengkal setelah bangsaku berjihad bermati-matian mempertahankan dan menyuburkan tanahnya dengan darah-darah mereka.Simpanlah wang kamu yang berjuta itu,kerana sekiranya suatu hari nanti Khalifah Islamiyyah tumbang,kamu boleh mengambilnya tanpa sebarang wang tukaran.
Adapun,sekiranya aku masih hidup,aku lebih rela diriku dicincang daripada melihat bumi Palestin dikeluarkan dari Daulah Islamiyyah dan perkara itu selama-lamanya tidak akan berlaku.Adakah kami akan membenarkan diri ( wilayah-wilayah takluk Turki ) kami ini dipisah-pisahkan sedangkan kami masih hidup ? “Baca SeterusnyaSABDA NABI s.a.w.
Sejarah hari dan doa kemuliaan didalamnya
Sabtu, 5 Februari 2011
"Kita hendaklah berfikiran terbuka. Al maklumlah dunia tanpa sempadan sekarang. Kita mesti sedia dikritik dan mengkritik. Sedia memberi pandangan dan sedia mendengar pandangan orang lain. Mendengar pandangan orang lain tidak semestinya kita setuju dengan pandangan dia. Yang penting ialah usaha dakwah, usaha penerangan mesti diteruskan sepanjang waktu dan istiqamah. Tak guna nak kawal-kawal media, internet, twitter dan sebagainya.
Siapa yang bijak dan berhemah dalam usaha dakwah dan penerangan, insyaAllah akan diterima masyarakat secara global dan lokal , iaitu glokal.
Berbalik kepada tajuk Orang Islam Yang Sengaja Tinggal Sembahyang Wajib Dibunuh. Ini bukan ajaran baru, ajaran sesat, ajaran mazhab baru. Ini dari kitab lama, Kitab Hadith 40 oleh Imam Nawawi terbitan Dewan Pustaka Fajar yang dijual secara sah di pasaran , di kedai-kedai buku.
Apakah dengan tajuk seperti ini maka orang Islam yang tidak sembahyang akan bangkit dalam tunjuk perasaan kerana menghina dan mengancam mereka? Apakah perlu diadakan perundingan agar buku ini ditarik dari pasaran? Diancam untuk dibakar buku ini macam Novel Interlok?
Bab hukum bunuh mereka yang sengaja tinggal sembahyang terdapat dalam kupasan Hadith ke 8 mukasurat 164-165 yang diterangkan oleh Ustaz Dato Haji Arshad Abdul Samad Bekas Ketua Hakim Mahkamah Syarih N.Sembilan pada kuliah Maghrib Jumaat 4 Feb 2011 di Surau Taman Alamanda, Senawang.
Tiga Imam Mazhab berpendapat mereka yang sengaja tinggal sembahyang wajib dibunuh iaitu Imam Syafie, Imam Malik dan Imam Ahmad. Sementara Imam Hanafi mengatakan tidak wajib bunuh , tapi wajib dipenjarakan.
Nampaknya hukum tinggal sembahyang ini lebih berat dari mereka yang mencuri. Kalau mencuri potong tangan je, tapi tinggal sembahyang di hukum bunuh.
Nampaknya kita lebih suka bincang hukum yang remeh temeh (bukan tak boleh) seperti hukum bersalam tangan antara lelaki dan perempuan bukan muhrim dengan berlapik atau tidak berlapik, tetapi tidak menjadikan hukum tinggal sembahyang sebagai perbahasan utama di media cetak dan media elektronik.
Kita ambil mudah pelajar-pelajar dan guru-guru yang meninggalkan sembahyang subuh, asar dan maghrib kerana terkejar-kejar masuk kelas jam 7.20 pagi, keluar rumah orang belum azan subuh lagi. Tapi terlalu ambil berat untuk mencapai PMR dan SPM cemerlang. Bukan tak boleh, tapi seimbangkan dengan solat yang wajib itu.
Maka tidak hairanlah gejala sosial, gejala maksiat, gejala buang bayi, gejala dadah dan sebagainya tidak terkawal lagi, kerana kita mengabaikan perkara paling utama iaitu solat dan membincangkan hukum meninggalkan solat.
Apakah mereka yang sengaja meninggalkan solat dianggap derhaka kepada Raja segala Raja, Sultan segala Sultan justeru itu wajib dihukum bunuh?
Tepuk dada , tanya iman.
Nak tengok gambar buku Hadith 40 dan mukasuratnya sila ke pautan berikut di waghih.blogspot.com
SUMBER : TRANUNGKITE